KUALA LUMPUR: Sektor perbankan dilihat berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang masih mencatat kadar jangkitan harian tinggi hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, sekiranya situasi ekonomi masih berlarutan, ia kemungkinan akan memberi kesan kepada sektor tersebut.
Penganalisis CGS-CIMB, Winson Ng berkata, pertumbuhan pendapatan sektor perbankan dijangka pulih tahun ini tetapi sebarang kemerosotan ekonomi boleh menjadi faktor negatif.
Sekiranya ini berlaku, bank-bank akan bergelut dengan penurunan drastik dalam pertumbuhan pembiayaan sekali gus meningkatkan peruntukan kerugian pinjaman (LLP) bagi 2021.
Tetapi, kami percaya LLP bank akan kekal dalam aliran menurun pada suku kedua ini, mungkin membantu sebagai pemangkin kepada pertumbuhan untung bersih pada suku tersebut dan menyokong pemulihan untung bersih kira-kira 9.4% untuk tahun ini," katanya dalam nota kajian hari ini.
Firma itu memberi saranan 'overweight' ke atas sektor perbankan dengan jangkaan berlaku pemulihan tahun ini sejajar dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diramalnya.
CGS-CIMB juga memberi saranan 'tambah' kepada saham Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank.
Jumlah peruntukan bank hanya meningkat kepada RM978.1 juta pada suku kedua berbanding RM2.04 bilion pada suku pertama dan RM1.24 bilion pada suku kedua 2020.
Pada Jun 2021, pertumbuhan pinjaman bank menyederhana kepada 3.4% berbanding 3.9% pada bulan sebelumnya disebabkan sekatan pergerakan yang masih berlanjutan.
Segmen isi rumah susut kepada 5.2% berbanding 6.1% pada Mei manakala bagi pinjaman bukan isi rumah pula (kebanyakannya membabitkan perniagaan), susut 0.9% tahun ke tahun pada akhir Mei kepada 0.8% pada Jun.
Keseluruhan pinjaman industri pada separuh pertama 2021 berkembang 1.6%, yang mencerminkan kadar tahunan pada 3.2%.
"Ini adalah sejajar dengan unjuran pertumbuhan pinjaman kami bagi tahun ini antara 2.5% hingga 3.5%, meskipun setelah mengambil kira pertumbuhan pinjaman yang perlahan pada separuh kedua.
"Pada masa sama, pemberian moratorium automatik bermula 7 Julai lalu, sepatunya memberi sokongan kepada pertumbuhan pinjaman bank memandangkan pinjaman di bawah moratorium tidak dibayar dalam tempoh 3 hingga 6 bulan," jelas Winson.
Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, nisbah pinjaman terjejas dijangka kekal stabil secara meluas dalam tempoh terdekat apabila bank terus memberikan bantuan bayaran balik pinjaman untuk peminjam berdaya maju bagi menghadapi kesukaran kewangan yang sementara.
Dalam laporan Perkembangan Monetari dan Kewangan bagi Jun 2021, bank pusat berkata, nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhan kekal tidak berubah masing-masing pada 1.6% dan 1.0%, dalam keadaan jejas nilai bulanan yang meningkat sedikit.
Sementara itu, penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Chan Jit Hoong berkata, kualiti aset menunjukkan beberapa kelemahan kerana nisbah pinjaman kasar terjejas (GIL) meningkat sehingga 3 mata asas (bp) bulan ke bulan kepada 1.62%, diheret oleh segmen perniagaan manakala isi rumah kekal tidak berubah.
"Kami menjangkakan nisbah GIL akan terus meningkat tetapi tidak terlalu membimbangkan kerana bank-bank telah membuat peruntukan sebelum itu bagi tahun kewangan 2020, justeru, kami berpendapat, pasaran telah mengambil kira kredit risiko secara memadai.
"Malah, kerajaan dan BNM juga kekal memberi sokongan untuk membantu peminjam bermasalah, sekali gus mengehadkan penurunan nisbah GIL yang ketara," katanya.
Firma itu juga menjangkakan margin untung bersih (NIM) bank kekal stabil selagi tiada penurunan kadar dasar semalaman (OPR) dan persaingan deposit pada tahun ini.
Ia mengekalkan saranan 'overweight' dan optimistik terhadap sektor perbankan di sebalik sekatan pergerakan yang masih dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Ini berdasarkan keyakinan kami terhadap pelaksanaan program vaksin COVID-19, penilaian yang tidak diperlukan dan kecairan pasaran yang mencukupi," jelasnya.
HLIB Research memberi saranan 'beli' ke atas saham maybank, Public Bank, RHB Bank, BIMB Holdings dan Affin Bank.
Sementara itu, penganalisis Kenanga Research, Clement Chua berkata, dengan pemberian moratorium secara opt-in selama 6 bulan, perniagaan yang terjejas mempunyai tempoh masa untuk bertahan tetapi ia menyebabkan berlakunya kerugian pengubahsuaian ke atas bank.
Katanya, seperti dijangka langkah sekatan pergerakan penuh telah memberi kesan kepada kemampuan pengguna untuk berbelanja dan ia mencerminkan perniagaan institusi perbankan yang lemah.
"Tetapi, kebanyakan bank bersetuju kesan kerugian pengubahsuaian kali ini kurang teruk berbanding moratorium kali pertama tahun lalu kerana ia lebih fleksibel tahun ini.
"Bagaimanapun, prospek sektor perbankan menjadi cermin kepada ekonomi dan sebarang rintangan dalam mencapai sasaran vaksinasi akan menjejaskan sentimen sektor ini," katanya.
Kenanga Research mengekakan saranan 'neutral' ke atas sektor perbankan setakat ini memandangkan masih kekurangan sentimen.
Namun, saham Maybank dilihat menarik buat mereka yang mahu kekal melabur dengan firma itu mengunjurkan harga sasaran pada RM10.65.
Ini kerana katanya, Maybank mempunyai kedudukan kukuh untuk berdepan ketidaktentuan makro ekonomi dan hasil dividennya terjamin.
Setakat 11.34 pagi ini, saham Maybank diniagakan pada RM8.02 setelah menokok 0.10 sen dengan 1.2 juta saham diniagakan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI DAGANG NEWS: Bank kekal berdaya tahan, kualiti aset agak membimbangkan - Penganalisis
Dagang News
Mon Aug 02 2021
Pada Jumaat, BNM berkata, nisbah pinjaman terjejas dijangka kekal stabil secara meluas dalam tempoh terdekat. - Gambar/ Reuters
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.